inilah aku..

Saturday, February 19, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....



بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia sahabat-sahabat mahasiswa yang dikasihi,saya salah seorang warga Universiti Utara Malaysia yang menjadi calon Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia kali ini yang bakal menjelang pada 22 Februari 2011.Berikut ialah sedikit coretan tentang saya buat tatapan rakan-rakan siswa-siswi sekalian...

NAMA : MOHAMMAD FIRROS BIN ROSOOL GANI
MATRIK : 129656
NOMBOR CALON MPP 2011 : 03
KATEGORI :UUM CAS

NAMA PANGGILAN : FIRUS / FAIRUZ / CIKGU
KAMPUS : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM),SINTOK
JURUSAN : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN)-minor dalam MATEMATIK
DPP ASAL : YAYASAN ALBUKHARY (YAB)
DPP SEMASA : PERWAJA
ASAL : MERSING,JOHOR
SEMESTER : 6 ( TAHUN KETIGA )
EMEL : firus_786@yahoo.com
JUMLAH SIRA SEHINGGA 5/2/2011 : 50
PEGANGAN HIDUP:
"Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, bila kaum itu tidak mahu merubah nasibnya sendiri"..

PENGALAMAN PENGLIBATAN DI KAMPUS

Yang Di-Pertua(YDP) 
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) sesi 2010
Bendahari
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) sesi 2009



Timbalan Yang Di-Pertua 
Badan Kebajikan PALAPES (WELBOARD) sesi 2010
Reserve Officer Training Unit(ROTU)



Pegawai Memerintah Kadet ( Commanding Officer Cadet- C.O.Cadet ) 
PALAPES LAUT UUM sesi 2009/2010




Ahli
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM UUM)  



MANIFESTO PILIHAN RAYA KAMPUS(PRK) KU

Rakan-rakan mahasiswa/siswi sekalian...jangan ingat saya nie ahli politik pulak bila cakap nak bagi manifesto.Sekadar mahasiswa biasa. Jika saya berjaya diangkat oleh anda sebaagai wakil pelajar Universiti Utara Malaysia dengan izin Yang Maha Kuasa saya akan cuba memperjuangkan kebajikan anda semua. Mungkin manifesto saya tidak sekuat manifesto calon-calon yang lain,namun bagi saya lebih baik kita memperjuangkan masalah pelajar yang kecil dan lebih realistik untuk dicapai berbanding hanya sekadar "bercakap kosong". Hal ini tidak bermakna saya hanya akan menumpukan perhatian pada manifesto saya semata-mata. Masalah pelajar sentiasa ada dan saya bertanggungjawab memberi perhatian kepada masalah anda semua. Berikut adalah manifestasi saya jika mendapat mandat dari rakan-rakan mahasiswa/siswi sekalian:


    1) Saya akan berusaha semampu mungkin agar laluan pejalan kaki Perpustakaan-Varsity Mall dinaik taraf.
    •  Untuk pengetahuan semua,laluan pejalan kaki yang menghubungkan Perpustakaan  Sultanah Bahiyah(PSB) dengan Mall dibina bagi memudahkan pelajar bergerak ketika panas dan hujan. Namun jika hujan lebat menimpa,laluan tersebut akan ditenggelami air dan menyukarkan pergerakan. Maka saya akan cuba membawa perkara ini supaya laluan itu dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada mahasiswa/siswi Universiti Utara Malaysia. 
    2) Saya akan berusaha semampu mungkin agar satu kelas intensif dibuka untuk mahasiswa bagi subjek-subjek tertentu.
    • Sebagai seorang mahasiswa yang InsyaAllah bakal bergelar guru,juga salah seorang fasilitator TITAS UUM,saya amat menyedari kepentingan pendedahan berterusan tentang sesuatu ilmu agar  ilmu itu dapat dikuasai. Maka saya bercadang untuk menubuhkan kelas intensif secara percuma/bayaran minimum kepada pelajar yang berminat meliputi skop kecemerlangan peperiksaan mid-sem dan final.Sesuatu yang menarik disini,kelas itu akan dikendalikan oleh pelajar sendiri. Malah saya secara peribadi sudah mempunyai niat untuk membuka kelas intensif bagi subjek "SQQM 1013 Matematik Pengurusan" dimana saya mengambil subjek itu semester ini sebagai elektif bebas.

    3) Saya akan berusaha semampu mungkin agar sistem yang melayan pelajar seperti murid "Sekolah Berasrama Penuh UUM" diperbetulkan.
    •  Sejak kebelakangan ini,amalan melayan mahasiswa seperti pelajar sekolah berasrama penuh makin menjadi-jadi terutamanya di DPP-DPP tertentu. Malah saya sendiri merasa kecewa apabila pihak DPP mengetuk pintu pada 12.30 pagi menyuruh semua pelajar turun dan beratur di bawah mengikut nombor bilik dan kemudian mengambil kedatangan. Pelajar yang tiada dikehendaki memberi alasan dan perlu melaporkan ketiadaannya terlebih dahulu kepada ketua blok. Proses mengambil kedatangan ini mengambil masa dari 1-2 jam. Hal ini sudah pasti menyusahkan dan menggangu masa rehat/ulangkaji mahasiswa.Saya sebagai seorang Pegawai Kadet Palapes yang sudah terbiasa dengan sistem pentadbiran Rejimental boleh menerimanya,tetapi bagaimana pula dengan yang lain????
    4) Saya akan berusaha semampu mungkin agar masalah posting,biasiswa pelajar pendidikan UUM dibawa ke pihak atasan.
    • Saya sebagai mantan Yang Di-Pertua PENDIDIK akan berusaha untuk membawa masalah-masalah pelajar pendidikan seperti lewat posting dan masalah Biasiswa Perguruan Persekutuan supaya pelajar pendidikan UUM tidak tersisih berbanding pelajar pendidikan UPSI dan lain-lain.
    5) Saya akan berusaha semampu mungkin agar lain-lain kebajikan mahasiswa diambilkira dari masa ke masa.
    •  Hal ini termasuklah masalah bas UNIC. Saya juga seorang pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Sering berebut menaiki bus bersama lelaki dan perempuan,demi niat murni menuntut ilmu siswi-siswi sudah tidak kisah berasak-asak dengan lelaki untuk menaiki bus. Sampai bila perkara ini harus berlanjutan????Namun secara ikhlas saya tidak mahu berjanji apa-apa kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Walaubagaimanapun,saya tetap akan berusaha,InsyaAllah...


    Akhir kata buat rakan-rakan sekalian,saya sedar menjadi seoarang pemimpin itu bukan mudah...Bukan sahaja perlu menghadapi pertanyaan di dunia malah di akhirat juga. Segala usaha saya dalam menjaga kebajikan mahasiswa/siswi Universiti Utara Malaysia saya sandarkan dengan izin Allah semata-mata.Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang tentukan !!! Harap rakan-rakan akan berkongsi pendapat/cadangan di laman blog ini. Saya hanya manusia biasa yang memerlukan tunjuk ajar anda semua.Sekian Wassalam...

    KEPADA ALLAH AKU BERSERAH !!!!

    3 comments:

    1. Good manifesto..
      Senang bagi siswa2 laen tau pe yg anda perjuangkan supaya kami leh mengundi anda..
      Bagus saudara firros..

      ReplyDelete
    2. I like it,,nice..May Allah help u (^_^)

      ReplyDelete