inilah aku..

Sunday, January 1, 2012

PERMATA YANG DI CARI…..



❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum semua.....
Setelah berbulan2 tak hidupkan blog saya nie,harinie tergerak untuk post.Terlebih dahulu nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua. Tatkala kita sibuk menyambut 1 Januari 2012,jgn lupa pada hari yang sama kita menyambut 7 Safar 1433 Hijrah. Syukur Alhamdulillah kita masih diizinkan tuhan menjejakan  kaki di 2012,tahun depan belum tentu kan ???
PERMATA YANG DI CARI…..
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu 
Kali nie saya nak post mengenai,JODOH…Jodoh satu anugerah tuhan yang tidak ternilai,tak semua dapat bertemu jodoh yang benar2 bertepatan dengan diri mereka.Tapi bukan ke Semua jodoh Allah yang tentukan,Ya memang benar tapi adakah kita perlu menunggu sahaja jodoh tue sampai kepada kita ??? Not at all !!!! Kita perlu mencari jodoh kita sendiri,kite jugak perlu sentiasa berdoa kepada tuhan agar jodoh kita adalah yang terbaik buat kita dan kita juga harus menjadi yang terbaik buat pasangan kita.

……. , . – . – , _ , …….simpan mawar
……… ) ` – . . ‘ `( …….yang kuberi
…….. / . . . .`\ . . \ ……..harap wanginya
…….. |. . . . . |. . .| ……mengukir di hatimu
……… \ . . . ./ . ./ ………
……….. `=(\ /.=` ………sudikah dirimu
…………. `-;`.-’ …………untuk mendekatiku
…………… `)| … , ……..mengenali diriku
……………. || _.-’| ……..
…………. ,_|| \_,/ ……..dalam mencari cinta ABADI
……. , ….. \|| .’ …………berjuang bersama demi REDHA ILAHI
……. |\ |\ ,. ||/ ………….sudikah dirimu
…. ,..\` | /|.,|Y\, …………
….. ‘-…’-._..\||/ ………….moga takdir ini
……… _.-`Y| …………..ketetapan ini
………….. ,_|| ……………adalah yang terbaik buat kita
……………. \|| ………..
…………….. || ……….berdoalah selalu
…………….. || ………..moga ia milik kita bersama
…………….. |/ ……terlerai dengan janji yang HALAL..
Sebagai lelaki saya amat tahu,kebanyakkan lelaki nak isteri yang tertudung,beriman,hormat orang tua,pandai masak dan kemas rumah,rupa cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Tapi kadang2 mereka terlupa sebagaimana lelaki nak wanita yang baik dan bertanggungjawab,begitu jugak lah sebaliknya(vice versa) kaum hawa pun nak kita bertanggungjawab keatas mereka….InsyaAllah saya nak jadi seorang teman hidup yang bertanggungjawab,penyayang dan yang paling utama menghormatinya sebagai seorang isteri dan juga keluarganya sebab Nabi S.A.W begitu sayang akan isterinya.
Rasulullah saw pernah tunjukkan dalam 1 kisah macam mane dia ni seorang suami yang hebat.

Kebetulan 1 malam baginda balik lewat sedangkan Aisyah dah tertidur semasa menunggu kepulangan nabi. Bila nabi sampai rumah, nabi tak sampai hati nak kejutkan Aisyah untuk buka pintu lalu tidur di depan pintu luar rumah. Apabila Aisyah sedar, Aisyah cepat2 buka pintu kalau2 nabi dah pulang. Alangkah terperanjatnya bila dia lihat nabi tidur di luar. Dia kejutkan nabi dan minta maaf sebab tak sedar yang nabi dah pulang. Tapi Rasulullah pun minta maaf sebab balik lewat malam tu....Tengok romantik kan????




Sekarang saya di semester  7 di Univ Utara Msia,tinggal satu semester lagi.Sebagai seoarang lelaki saya lebih suka cari jodoh sendiri,bukan sebab ape?Just saya nak kenal dulu pasangan saya sebelum mengambilnya menjadi menyeri hidup InsyaAllah hingga ke syurga Allah..Tapi mungkin ramai salah anggap,sebelum kawen kene kapel…Maaf saya tak setuju,mungkin orang lain tapi saya kurang minat bab kapel2 nie,tp nak kenal rapat….Ada beza tue!!! kapel nie macam dah ada ikatan,bile terpakse berpisah mula lah “frust menonggeng”,hehehe, Kalau kenal mungkin kita sedih tapi kita still boleh terima kenyataan,InsyaAllah…
Bagi lelaki,jangan cari pasangan yang cantik jer…Cantik tue tak tahan lama….Ape guna lawa tapi tak jaga perangai and tak solat ??? Bila dia tak solat,and anda pun tak boleh nak tegur(kononnya sayang lah kan ??) secara automatiknya anda dah tanggung dosa dia…Sanggupkah ???? Kalau tak geti masak tue boleh blaja lagi,no hal…kalau saya lah,saya nak blaja masak cikit2,at least boleh masak tok my lovely future wife time dia tak sihat or time dia pregnant kan????hehehe…
Lelaki pulak,sudah bersediakah kita memikul tanggungjawab sebagai seorang suami ??? Kene jadi imam solat kat rumah…Biasa tak jadi imam???? Kalau tak,surau banyak kat UUM nie,biasa2kan lah erk…Tak cukup g kursus kawen jer…

InsyaAllah,saya akan cuba bimbing isteri saya nanti slow2…kalau boleh sebelum bernikah lagi,walaupun ilmu kita tak seberapa tp tak salah kita cuba mendalami ilmu dan berkongsi bersama keluarga kita kan? Kalau kita bagun solat subuh,InsyaAllah isteri kita pun akan bagun solat sekali wpun dia bukan jenis bgun awal…
Kalau yang dah kapel tue,cuba didik pasangan slow2,yang perempuan jgn bagi laki pegang tangan suka2,kalau nak betul2 suruh masuk minang cepat2….Ingat kalau kamu sayang pakwe kamu jgn bg dia sentuh kamu,kesian dia kene tanggung dosa menyentuh bukan mahram….Kate sayang kan????
Akhir kate,buat lelaki dan wanita yang bakal bertemu jodoh masing termasuk saya,InsyaAllah…Jadi lah yang terbaik buat pasangan(suami/isteri) anda dan seringlah berdoa agar anda mendapat jodoh yang terbaik kearah membina keluarga sakinah yang menuju ke syurga Allah..
Di kesempatan ini sya juga nak doakan dua orang coursemate saya akan mendirikan rumah tangga lepas final nie...Zati dengan Mayuzie,lepas nie dah takleh gurau lebih2 nanti ade orang marah,hehehe...Moga kamu bahagia bersama pasangan hingga ke syurga,InsyaAllah...

Buat dikau yang akan menjadi jodohku,InsyaAllah…Akan ku cuba jadi yang terbaik buatmu,meskipun ku tahu aku bukannya sempurna. Akan ku cuba membalas kasih sayangmu dengan secebis hati ini bagi menuju cinta yang diredhai Allah,InsyaAllah..WELCOME TO MY LIVE =)