inilah aku..

Saturday, July 28, 2012

Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T)

   
                                      ❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) merupakan sebuah pusat tuisyen yang berfokuskan pendidikan ala sekolah khas buat mahasiswa/i institut pendidikan tinggi. Mula beroperasi pada awal 2011 bagi memenuhi manifesto Saudara Mohammad Firros Bin Rosool Gani (129656) sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UUM 2011/2012.Bermatlamat bagi membantu mahasiswa/i Muslim dan bukan Muslim dalam matapelajaran teras Matematik dan Perakaunan terutamanya bagi mereka yang tiada asas(basic) yang baik dalam subjek Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan di peringkat SPM/STPM/Matrikulasi atau/dan di peringkat Diploma. 

Alhamdulillah, kini Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) mula melangkah menghampiri tahun kedua penubuhan dengan memberi fokus kepada lima subjek teras di Universiti Utara Malaysia iaitu:
1) SQQM 1023 : Managerial Mathematics
2) SQQS  1013 : Elementary Statistics
3) SQQS  2013 : Applied Statistics
4) BJQK  1013 : Mathematics for Technology
5) BKAL 1013  : Business Accounting

Semua tutor dan pelajar akan dikenali sebagai Crew F.A.C.T. Semua kelas yang dijalankan bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar 2 (PKP 2) bersebelahan Varsity Mall dan Pusat Budaya dan Seni (PBS UUM). Kelas akan diadakan seminggu sekali bermula jam 8.30pm hingga 11.00 pm. Yuran bulanan yang dikenakan sebanyak RM 18.00 termasuk mata sira,cenderamata dan edaran berkaitan mata pelajaran. Namun segala ketetapan masih boleh dirunding.

Buat pertama kali bagi mendukung konsep kebajikan, pelajar yang masih belum mendapat pinjaman PTPTN boleh menanguhkan pembayaran yuran sehingga pihak PTPTN mengkreditkan wang tersebut dalam akaun pelajar.

Kaedah atau mode pengajaran dan pembelajaran (P&P) Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) ialah sangat unik kerana tutor setiap kelas akan membantu Crew F.A.C.T bagi menyiapkan assingment dan tutorial yang sudah tentu membawa markah yang banyak di dalam course work setiap mahasiswa/i. Tutor juga terdiri daripada mahasiswa/i UUM yang mahir dalam subjek yang mereka bimbing. Maka,hubungan antara Crew F.A.C.T diyakini akan menjadi lebih mesra,santai dan menyeronokan.

Selain itu terdapat beberapa aktiviti lain yang mula diberi tumpuan oleh pengurusan Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) seperti kursus motivasi,memanah,berkuda,kenu,go-kart dan sebagainya, InsyaAllah.

Semoga Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) terus maju jaya dan dapat membantu kecemerlangan mahasiswa/i UUM terutamanya pelajar Bumiputera dalam memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang di samping memperolehi kecemerlangan dalam bidang bukan akademik, InsyaAllah.

                           ~~~~Together We Expand The Culture of Iqra'~~~~

Cikgu Firus Fairuz
Pengarah Urusan
Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) 
H/P: 013-7270058 FB: Firus Fairuz