inilah aku..

Saturday, February 19, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....



بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia sahabat-sahabat mahasiswa yang dikasihi,saya salah seorang warga Universiti Utara Malaysia yang menjadi calon Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia kali ini yang bakal menjelang pada 22 Februari 2011.Berikut ialah sedikit coretan tentang saya buat tatapan rakan-rakan siswa-siswi sekalian...

NAMA : MOHAMMAD FIRROS BIN ROSOOL GANI
MATRIK : 129656
NOMBOR CALON MPP 2011 : 03
KATEGORI :UUM CAS

NAMA PANGGILAN : FIRUS / FAIRUZ / CIKGU
KAMPUS : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM),SINTOK
JURUSAN : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN)-minor dalam MATEMATIK
DPP ASAL : YAYASAN ALBUKHARY (YAB)
DPP SEMASA : PERWAJA
ASAL : MERSING,JOHOR
SEMESTER : 6 ( TAHUN KETIGA )
EMEL : firus_786@yahoo.com
JUMLAH SIRA SEHINGGA 5/2/2011 : 50
PEGANGAN HIDUP:
"Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, bila kaum itu tidak mahu merubah nasibnya sendiri"..

PENGALAMAN PENGLIBATAN DI KAMPUS

Yang Di-Pertua(YDP) 
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) sesi 2010
Bendahari
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) sesi 2009



Timbalan Yang Di-Pertua 
Badan Kebajikan PALAPES (WELBOARD) sesi 2010
Reserve Officer Training Unit(ROTU)



Pegawai Memerintah Kadet ( Commanding Officer Cadet- C.O.Cadet ) 
PALAPES LAUT UUM sesi 2009/2010




Ahli
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM UUM)  



MANIFESTO PILIHAN RAYA KAMPUS(PRK) KU

Rakan-rakan mahasiswa/siswi sekalian...jangan ingat saya nie ahli politik pulak bila cakap nak bagi manifesto.Sekadar mahasiswa biasa. Jika saya berjaya diangkat oleh anda sebaagai wakil pelajar Universiti Utara Malaysia dengan izin Yang Maha Kuasa saya akan cuba memperjuangkan kebajikan anda semua. Mungkin manifesto saya tidak sekuat manifesto calon-calon yang lain,namun bagi saya lebih baik kita memperjuangkan masalah pelajar yang kecil dan lebih realistik untuk dicapai berbanding hanya sekadar "bercakap kosong". Hal ini tidak bermakna saya hanya akan menumpukan perhatian pada manifesto saya semata-mata. Masalah pelajar sentiasa ada dan saya bertanggungjawab memberi perhatian kepada masalah anda semua. Berikut adalah manifestasi saya jika mendapat mandat dari rakan-rakan mahasiswa/siswi sekalian:


    1) Saya akan berusaha semampu mungkin agar laluan pejalan kaki Perpustakaan-Varsity Mall dinaik taraf.
    •  Untuk pengetahuan semua,laluan pejalan kaki yang menghubungkan Perpustakaan  Sultanah Bahiyah(PSB) dengan Mall dibina bagi memudahkan pelajar bergerak ketika panas dan hujan. Namun jika hujan lebat menimpa,laluan tersebut akan ditenggelami air dan menyukarkan pergerakan. Maka saya akan cuba membawa perkara ini supaya laluan itu dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada mahasiswa/siswi Universiti Utara Malaysia. 
    2) Saya akan berusaha semampu mungkin agar satu kelas intensif dibuka untuk mahasiswa bagi subjek-subjek tertentu.
    • Sebagai seorang mahasiswa yang InsyaAllah bakal bergelar guru,juga salah seorang fasilitator TITAS UUM,saya amat menyedari kepentingan pendedahan berterusan tentang sesuatu ilmu agar  ilmu itu dapat dikuasai. Maka saya bercadang untuk menubuhkan kelas intensif secara percuma/bayaran minimum kepada pelajar yang berminat meliputi skop kecemerlangan peperiksaan mid-sem dan final.Sesuatu yang menarik disini,kelas itu akan dikendalikan oleh pelajar sendiri. Malah saya secara peribadi sudah mempunyai niat untuk membuka kelas intensif bagi subjek "SQQM 1013 Matematik Pengurusan" dimana saya mengambil subjek itu semester ini sebagai elektif bebas.

    3) Saya akan berusaha semampu mungkin agar sistem yang melayan pelajar seperti murid "Sekolah Berasrama Penuh UUM" diperbetulkan.
    •  Sejak kebelakangan ini,amalan melayan mahasiswa seperti pelajar sekolah berasrama penuh makin menjadi-jadi terutamanya di DPP-DPP tertentu. Malah saya sendiri merasa kecewa apabila pihak DPP mengetuk pintu pada 12.30 pagi menyuruh semua pelajar turun dan beratur di bawah mengikut nombor bilik dan kemudian mengambil kedatangan. Pelajar yang tiada dikehendaki memberi alasan dan perlu melaporkan ketiadaannya terlebih dahulu kepada ketua blok. Proses mengambil kedatangan ini mengambil masa dari 1-2 jam. Hal ini sudah pasti menyusahkan dan menggangu masa rehat/ulangkaji mahasiswa.Saya sebagai seorang Pegawai Kadet Palapes yang sudah terbiasa dengan sistem pentadbiran Rejimental boleh menerimanya,tetapi bagaimana pula dengan yang lain????
    4) Saya akan berusaha semampu mungkin agar masalah posting,biasiswa pelajar pendidikan UUM dibawa ke pihak atasan.
    • Saya sebagai mantan Yang Di-Pertua PENDIDIK akan berusaha untuk membawa masalah-masalah pelajar pendidikan seperti lewat posting dan masalah Biasiswa Perguruan Persekutuan supaya pelajar pendidikan UUM tidak tersisih berbanding pelajar pendidikan UPSI dan lain-lain.
    5) Saya akan berusaha semampu mungkin agar lain-lain kebajikan mahasiswa diambilkira dari masa ke masa.
    •  Hal ini termasuklah masalah bas UNIC. Saya juga seorang pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Sering berebut menaiki bus bersama lelaki dan perempuan,demi niat murni menuntut ilmu siswi-siswi sudah tidak kisah berasak-asak dengan lelaki untuk menaiki bus. Sampai bila perkara ini harus berlanjutan????Namun secara ikhlas saya tidak mahu berjanji apa-apa kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Walaubagaimanapun,saya tetap akan berusaha,InsyaAllah...


    Akhir kata buat rakan-rakan sekalian,saya sedar menjadi seoarang pemimpin itu bukan mudah...Bukan sahaja perlu menghadapi pertanyaan di dunia malah di akhirat juga. Segala usaha saya dalam menjaga kebajikan mahasiswa/siswi Universiti Utara Malaysia saya sandarkan dengan izin Allah semata-mata.Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang tentukan !!! Harap rakan-rakan akan berkongsi pendapat/cadangan di laman blog ini. Saya hanya manusia biasa yang memerlukan tunjuk ajar anda semua.Sekian Wassalam...

    KEPADA ALLAH AKU BERSERAH !!!!

    Sunday, January 30, 2011

    Latihan Lanjutan Palapes Laut Malaysia 2010...Satu Kenangan..


    pas turun kapal KD Lekiu.
     Assalamualaikum and Selamat Sejahtera buat semua....agak lame gak tak post entry,bukan sebab ape..kat rumah takde broadband,wife,stremix dan rakan2 yang sewaktu dengannya..Malas pulak nak beli..
     Malam nie saya nak kongsi satu perkara dengan semua.Nak crite tentang pengalaman menjalani latihan Palapes Laut Malaysia 2010..Insya Allah yang terakhir bagi aku sebagai pegawai kadet...kalau ikot tahun depan pun sebagai Leftenan Muda Mohammad Firros PSSTLDM lah...

    bukan senag nak masuk sini sebenarnyer..


    Sebenarnya nie kali kedua saya ikot ACT nie..tapi kali nie agak tension cikit sebab habis last exam 13 Disember,14 Disember kene lapor diri kat KDSI 1 ataupon name panjang die Kapal Diraja Sultan Idris Pertama,kat Pangkalan TLDM Lumut,Perak...Sampai kat sana terus tukar pakaian sukan rasmi di sana..baju sukan putih,seluar biru gelap/hitam,kasut putih...pas tue kami dipecahkan ikot divisyen dan aq masuk divisyen Zain Alpha,sekali dengan geng2 navy UTM,UM,UMT,UiTM..memang best r geng kitorang nie...
     Banyak gak aktiviti yang kitorang wat kat sana...boleh r coretkan kat sini..tiap2 hari kene bangun seawal 4 pagi(tue pon kalau tak bertugas arr..),pkul 5 pagi kene turun untuk latihan jasmani(PT)sampai pukul 6 pagi..mase nie kadang2 lari pusing base dalam 5/6 kilometer,tak pon wat latihan biasa jerk...habis je PT terus balik mandi dan bersiap tok g solat subuh berjemaah..tp kat sinie kitorang kene g solat pakai baju melayu hitam cekak musang lengkap bersamping + kasut kulit hitam + songkok hitam..dari asrama(mess) pegawai kadet kitorang g surau berkawad..kalau orang awam tgok mesti pelik tp macm nie lah rutin harian Pegawai Dalam Latihan(officer under training)TLDM...Habis sembahyang sarapan pagi tapi sebelum tue setiap divisyen kene cukup anggota dan lapor kepada yang bertugas nak avoid ada yang tak bangun tidor or sakit dsbg.Kat sana makan sentiasa guna sudu garpu,makan guna tangan diharamkan sama sekali..habis makn je,terus kawad balik mess tukar baju untuk next activity...Antara aktiviti yang kitorang buat: lawatan dan latihan ke kem komando TLDM yang dikenali sbg PAsukan Khas Laut(PASKAL),Latihan mengawal kebakaran dan kebocoran kapal,kelas multimedia,boating(kenu dan perahu layar),dan banyak lagi lah..
    perahu layar TLDM
    latihan melawan kebakaran..

    dengan abang2 PASKAL
    Balik je,terus g makan then bersiap tok Evening Activity atau senam petang...yang nie pon macm senam pagi gak keje belari jer,kadang2 main bola tampar and ujian kecergasan fizikal...start pkul 6 memang waktu yang paling dibenci semua..kene bersihkan bilik dan tandas..bersihkan tandas bukan senang,kene basuh then kene kesat guna surat khabar sampai kering alasan die kat tandas dalam kapal takboleh basah takot penyakit merebak..bilik kene kemas,cadar mesti kaler putih,takleh kotor,bkedut atau renyuk..so biasenyer kitorang akn iron tilam pas pasang cadar tiap2 ari..pas pukul 8 akan ade spotcheck,kitorang sume kene berdiri sebelah katil masing2 sampai semua bilik habis diperiksa...kadang2 kene bdiri tgak sampai 2 atau 3 jam..memang lenguh kaki r..
    habis cek dalam pukul 10/11 malam,beratur g makan then balik tidur,sape pon tak dibenar bukak lampu pas 12 t/malam selepas visel pipe down ditiup...esoknya bgun pkul 4 pagi semula,mcm tue lah rutin kitorang selama lbh kurang seminggu.


    reipeiling

    ZAIN ALPHA & ZAIN BRAVO
    berlari beramai-ramai ke stadium..
    pulang semula ke Johor dgn geng2 UTM..tq guys

    time balik tumpang bus UTM,save duit balik johor (RM 74.10 jadi kurang dari RM 20.00,..Ahamdulillah..)after semalaman dok kat UTM aq pon naik teksi dgn dua orng member PALAPES LAUT UTM...korang memng bagus r..
    dari UTM-Larkin-Kota Tinggi-Mersing ku yang tersayang..Alhamdulillah,setelah sekian lame dapat gak aq jumpe family aku...












    Thursday, November 18, 2010

    SeLaMaT MengHadApi PepEriKsAan AkHir SeMestEr


    Assalamualaikum buat sume...Setelah agak lame tak post entry yang baru,kini Cekgu Firus muncul semula di keheningan pagi jumaat,penghulu sekelian hari ( zikir harian hari jumaat sangat simple ; YA ALLAH...ucaplah banyak2 k..)..hari yang akan berlakunya kiamat,hari yang dimana Nabi Adam diciptakan,dah hari yang banyak keberkatan didalamnya meskipun dengan hanya memotong kuku..dan pada hari ini jugak lah Firus telah mengambil keputusan untuk aku bertekad belajar bersungguh-sungguh menjelang final semester exam....dan ku sematkan A+ sebagai matlamat untuk final exam ini...


    Tak lame lagi peperiksaan akhir akan menjelang...Dah lame Firus tak merasa Anugerah Dekan,kali terakhir anugerah untuk sem 2..Mampukah aku mengulangi pencapaian itu????INSYAALLAH dengan diiringi usaha dan doa....
    Semester 5 nie aku ambik 6 subjek..Jadual exam aku adalah seperti berikut,hehehehe.....

     22/11/2010  : Hubungan Etnik
     29/11/2010  : Financial Accounting & Reporting 3 (paper yang paling aku risau...huhuhu)
     01/12/2010  : Information Technology in Accounting 
     04/12/2010  : Kurikulum Sekolah
     10/12/2012  : Inovasi dalam Pendidikan
     13/12/2010  : Applied Statistics

    Habis je paper yang terakhir,aku terus g Annual Continuos Training (ACT),kat KD Sultan Idris 1,Lumut...training untuk 2 minggu...mesti kalut time tu nak prepare barang,huhuhuhu.....

    Bila difikirkan banyak kali,memang rase cuak gak nak menghadapi exam nie,tp peperiksaan kan budaya orang belajar,memang tak leh dipisahkan,its ok lagi tinggal 3 semester je pon,rileks r bro...


    Dikesempatan nie gak...aku nak doakan student2 aku kat Kedah,Sabah and Mersing,Johor yang akan ambik SPM dangan STPM termasuklah adikku yang tersayang (tapi selalu gak gaduh dengan dia..hehehe)..Moga kita sama2 berjaya dalam Exam masing2..demi menuju masa depan yang lebih cemerlang,INSYAALLAH...

    Cikgu Firus nak kongsi dengan semua satu lagu yang amat best,boleh kate dekat 20 kali aku ulang dengar jer..Lagu tu tajuk die Allah Yaa Nur nyanyian Opick,lirik die memang best gler buat aku... 


    Dalam hitam kelam malam
    Dalam sepi rindu padaMu
    Ya Allah Ya Allah
    Suara rintih dalam dada
    Dahaganya hati tanpa Mu
    Ya Allah Ya Allah
    Karna jiwa yang meronta
    Hampa segala tanpa cahaya Mu

    Ya Allah Ya Rohman
    Ya Allah Ya Rohim
    Subhanallah wabihamdihi
    Subhanallah hil adzim...2x

    Dalam lelah dalam resah
    Dalam bimbang hilang arahku Zikrullah
    Karena jiwa yang meronta
    Hampa segala tanpa cahaya Mu

    Allah Ya Nurul
    Allah Ya Nurul Mukminin
    Allah Ya Nurul Adzim
    Allah Allah Ya Nur

    Nie mungkin posting terakhirku sebelum exam...Rasa tak terlambat sangat tok ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha..maaf zahir batin,kot2 ade wat silap kat sape2 kew kan????huhuhuhu

    Sebagai penutup,doakan lah agar firus cemerlang n akan dapat dekan sem nie,INSYAALLAH...buat yang rakan2 n student2 Firus,doa sentiasa di pohon demi kecemerlangan kita bersama...
    MOGA KITA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT....Amiiiin
    wassalammmmm.....

    Tuesday, November 9, 2010

    cikgu vs navy....



    Assalamualaikum and salam sejahtera tok sume...setelah lame tak update blog tibe2 tgerak nak post something...pk punya pk,memandangkan ramai yang selalu tanya kat aku... ko nak jd cikgu ke askar?so firus nak share pekare nie dengan kawan2....

    ini lah geng cikgu akaun UUM batch 08/09,laki yang kat tgah tue lecture erkkk..batch nie laki ade 2 ekoq jerk..hehe
    dalam kelas....baju nie name die alpha
    baju nie plak name die bravo....nie time nak wat persembahan sempena konvo,hensem tak muke???
    ini lah pangkat2 yang aku pernah sandang dalam PALAPES UUM...
    Nak tau tak sume...sebenarnye firus tak pernah terfikir pon nak jd cikgu or askar tau dulu...mase sekolah rendah memang minat sangat nak jd polis,tau tak ape sebab die?polis nie baju die smart and paling best boleh tembak2 orang,kahkahkah...Korang ingat lagi tak cite Roda-Roda Kuala Lumpur and Gerak Khas,tue cite faberet aku dulu,kini dan selamanya...memang best r time die pasang siren and kejar pesalah. Berbalik kpd cite2 aku,pas masuk sekolah menengah aku still nak jadi polis gak tp up sket nak jd inspector,siap masuk kadet polis lg kat sekolah,oleh kerana suare aku boleh tahan tinggi nak tengking orang,so jd incharge lah time tue...
    Tapi sumenyer mule berubah ble aku naik form 4,oleh kerana minat yang mendalam dalam subjek Biologi + selalu tolong ayah tanam sayur kat kebun,minat aku berubah tok jd petani moden atau doktor haiwan...selalu gak r usik2 daun pokok,belah katak dan sbgnye tp niat tok belaja jer bukan nak dera k...Terpikir gak tok jd lawyer sebab cikgu galakkan memandangkan aku suke bcakap banyak sampi masuk team debat sekolah and agak terror gak r subjek bahase n sejarah...tp aku tak nak sebab takot wat dosa,naklumlah kite tak tau orng yang kite bela tue baik ke jahat kan???stuju tak???
    students time wat ROS [Rancangan Orientasi Sekolah]

    Skali lagi sume impian aku berubah gara2 salah isi form tok kemasukan ke UPU dgn Matrix...time aku dulu takde online,sume manual...tp aku tak putus asa and masuk form 6 aliran science,tp tbe2 subjek bio tak ditawarkan sebab takde cikgu....betape kecewanya aku time tue,huhuhuhu...lastly aku ambik ekonomi atas cadangan PK HEM...tp memang plek r kombinasi subjek yang aku ambik dulu...aku ambik Pengajian Am(wajib),Ekonomi, Chemistry, Maths T,dengn Pengajian Perniagaan [blaja sendiri]..time tu memng ramai kawan aku cakap aku wat keje gler sebab satu2nye budak yang ambik 5 subjek kat sekolah tue..But Alhamdulillah keputusan boleh tahan cemerlang r akhirnya...
    Mase tingkatan 6 nie lah aku tetapkan cita2 aku secare serius..nak jadi akauntan,sebabnya cume satu,ramai akauntan gaji tinggi..hehehe,bg aku satu jerk pegangan aku..
                         money is not everything,but everything need money...
    nak kawen kene ade duit,nak bkeluarga even nak g aji pon kene ade duet...so ape pon orng cakap,aku ske cari duet byk2,tp tak de lah sampi jd hamba duet..still hamba Allah lah,hehehe...
    Time nak isi borang UPU kali nie by online,so kalo salah isi terus tendang,jd tak risau sangat lah...mase nak isi tu kannnn....tbe2 mak n ayah aku soh aku jadi cikgu...ape lagi tkejut berok aku,tp sebagai anak kite kene ikot cakap mak ayah kalo tak,xberkat...so demi nak jage ati diorang,aku letak r pilihan ptame jer PENDIDIKAN (PERAKAUNAN) kat UUM,pas tu sume aku letak accounting,finance dengan agribisness...Aku sengaje mintak UUM and bukan UPSI sebab pikir nak tukar kos pas dapat masuk U nanti...kalo mintak UPSI tak dapat r aku tkr ke kos Accounting sebab sume cikgu belaka...Pas masuk sini baru aku tau,sedangkan Pendidikan Akaun pon dah susah gler,inikan pula kalo ambik Accounting...so aku tak jadi nak tukar kos and nak trus jd cikgu jer...Pengajarannyer disini;
                                 ikot cakap mak ayah...jangan degil2...hehehe
    Ps tu kat  sinie ade SUKSIS mcm kadet polis kat U lah...so aku pon try mintak,tp hanya kerana ukur dada aku kurang 2 inci,kene reject even aku bekas sarjan kadet polis kat sekolah.....dengan rase kecewe n bengangnya aku mintak PALAPES LAUT (kadet tentera),akhirnya dapat plak..mungkin rezeki aku,tak pernah aku terpikir jadi askar dulu...INSYAALLAH..bulan 6 depan aku tauliah jd Leftenan Muda kat UTHM,kampung aku plak tu...dapat r family and sedara mare aku tgok aku dapat tauliah dr agong @ sultan,Alhamdulillah...
    Oleh sebab aku PSSTLDM (simpanan) jer..so aku boleh jd cikgu,time cuti sekolah jd pegawai tentera laut...boleh cari duit lebih...hehehe






    kek tok aku sempena hari guru...terharu gak time nie,huhu
    nie night rig (pakaian malam TLDM)-kene pki bengkung

    Jadi secare kesimpulannya, aku nak jadi CIKGU dan NAVY sekali gus.....Sekian,Wassalammmmmmm

    Wednesday, October 27, 2010

    berakhirnya suatu amanah...

    Assalamualaikum dan Salam Ukhwah..
    Tanggal 26 Oktober 2010,mesyuarat agung tahunan(AGM) PENDIDIK 2010 dilaksanakan dan aku telah membubarkan secara rasmi Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif PENDIDIK 2010...pas aku isytiharkan pembubaran tue secara serta merta terlucutlah jawatan aku sebagai Yang Di-Pertua @ Presiden Persatuan Pengurusan Pendidikan [PENDIDIK] 2010,Universiti Utara Malaysia dan YDP baru pun telah mula mengambil alih tugas...

    Selama hampir setahun aku jadi pemimpin pelajar pendidikan UUM,banyak perkara yang aku dapat belajar..mcm mane nak berusan dengan pejabat dekan,HEP,Bendahari Universiti,universiti luar,dan banyak lagi lah...memng jawatan nie mengajar aku banyak benda..ramai orang dah kenal aku,mane tak nye muke nie lah yang kene g mesyuarat bagi pihak persatuan dengn pihak luar..

      depan rumah panjang kat Nabawan,Sabah
    kat Kilim,Langkawi
                             
    geng2 lame PENDIDIK...I will miss u all
    Sejak ade dalam PENDIDIK banyak perkara manis yang dapat aku rase,yang paling best dapat g Sabah tanpe kuar sesen pun,dapat jumpe terus 2 menteri persekutuan,and banyak lagi lah..kenangan terindah plak ble gambar aku masuk surat khabar,tak silap dalam 4 s/khabar kot,mesti mak aku bangga anak die masuk newspaper sebab bende baik...hehehehe...tp kan tak kurang jugak kritikan yang diterima daripada orang lain,maklumlah sebagai ketua kita tak dapat memuaskan hati semua pihak,so mesti ade yang terase dipinggirkan walaupon aku dah cube menjadi yang terbaik dan memberi khidmat yang cemerlang kepade semua yang ade dibawah aku, rasenye ade lebih kurang 1000 orang gak lah bawah pimpinan aku...

    my old SMK Seri Mersing students..
    Ape pon even aku dah takde kene mengena dengan PENDIDIK tp aku still akan wat program under persatuan nie bagi memastikan Bidang Pengajian Pendidikan UUM dapat jadi yang first class...futhermore aku nak mintak maaf kalo pernah menyinggung perasaan sesiape,arap2 perubahan2 yang baik yang dah aku wat dalam PENDIDIK tak ilang gitu jer...doakan lah erk aku dapat jawab persoalan mengenai amanah yang aku pernah pikul selame nie...last but not least,bak kate en ramly kirim salam wassalam,hehehehehe
      aku time berucap,tgah tahan gelak nie,hikhik

    Sunday, October 24, 2010

    Menjelang peperiksaan yang bakal menjelang.......


    Assalamualaikum....ntah tibe2 rase tergerak untuk post yang baru menjelang musim peperiksaan yang around the corner je nie...kenape lah aku mcm makin tak risau pasal diri aku sendiri,exam dah dekat tapi perangai mcm lah soalan exam tu sume dah bocor....sekarang tgah recharge semula bateri kerajinan yang sekarang berada pada tahap paling kritikal...no more enjoy,no more lepak and no more tido berlebihan...dah siap wat jadual final,jap lagi print besar2 tampal depan meja study,harap berkesan lah yerk.....anyware buat kawan2 moga kejayaan menjadi milik kita bersama dulu kini dan selamanya....hehehehe

    Wednesday, October 20, 2010

    sekilas tentang aku...

    Salam ukhwah untuk semua...Nama dalam i/c MOHAMMAD FIRROS BIN ROSOOL GANI...tapi lebih suka menamakan diri dengan firus @ fairuz sebab firus tue ade makne die..istilah firus ialah nama sejenis batu permata yang berwarna biru kehijauan yang banyak terdapat kat afganistan,mexico dan sebagainya...so memang berharga r aku nie,hehehe
    Sekarang dalam tahun kedua ambik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Perakaunan & Mathematics) kat Universiti Utara Malaysia..dengan kata lain bakal cikgulah,INSYA ALLAH...Setakat nie pernah mengajar di empat sekolah menengah..
    # SMK Seri Mersing,Johor
    # SMK Tanjung Pauh,Kedah
    # SMK Bandar Baru Sintok,Kedah
    # SMK Sepulut,Nabawan,Sabah
    Selain itu,also join Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES)LAUT, Universiti Utara Malaysia..Bakal Leftenan Muda pasukan simpanan TLDM..INSYA ALLAH..